Militia Kata

Ayat yang memungkinkan segalanya terjadi,
Kini telah terucap,
Segalanya berubah malam ini,
Mungkin propaganda atau ideologi untuk terus berjaya,
Terus untuk bertakhta,

Kata bak militia,
Yang banyak membunuh,
Banyak pula terbadi,
Terkena seorang, berjangkit lagi.

Malam nih terjumpa lagi,
Perkara yang terjadi,
Menimbulkan rasa benci,
Maki, caci, menjadi-jadi.

Roboh, pembubaran dinanti-nanti,
Pemansuhan dah terlaksana,
Apa yang ditunggu selepas ini adalah akar umbinya sahaja.